Tuesday, February 14, 2012

2. 5 tempat rekreasi ala rimba gitu di sekitar kl dan selangor!


anda suka berkhelah? yeah! sama lah kita..yang tak suka tu leh pegi main jauh-jauh..nampak itu pintu keluar..shuhh..shuhh..hehe ;p.

okeii..disebabkan aku tinggal di kota raya kuala lumpur ni kan (i wonder y they call kl as kotaraya?padahal bila raya xde org pun kat kl ni..ok..xperlu layan soalan bodoh ni ok..huhu) jadi mesti orang kate bosan tak boleh mandi sungai.kalau berkhelah pun mesti kat tepi-tepi jalan mahameru ke, jalan kuching ke, paling habis cool pun berkhelah kat playground la..kannnn?ahaha..ok yang tu..sumpah aku tipu!ahaha...

jadi kat sini, aku nak share beberapa tempat yang best kat kl dan selangor ni untuk aktiviti riadah atau rekreasi bersama keluarga. asyik kerja je siang hari pagi petang, kualiti time dengan keluarga jangan dilupakan okeii? kalau nak pergi dengan kawan-kawan pun seronok juga.. ok..kat sini ada beberapa tempat yang ala-ala rimba gitu..boleh berjimba-jimbana kan??..jum kite usha sama-sama (pantai dalam tak tersenarai okeii!jangan nak main-main ngan kak timah!pukul kang!)

1. sungai gabai!! (yeehaa...jum ramai-ramai kita kuruskan kaki u olls!)
haa..welcome to sg.gabai..jangan nak happy sangat yea..baru tengok signboard dah sengih-sengih nak pegi yea..acu babab karang!ahaha..sebenarnya sg. gabai ni memang best. siap ada gelongsor natural lagi.x payah bayar..xpayah beratur macam kat sunway lagun tu! curlass kau kan eja lagun dalam bahase melayu..ok..ni haa gamba pratonton untuk gelongsor semula jadi..wink~

tapi AWAS yea!
bila kita mahu kan sesuatu tu mestila kena berusaha sikit kan?so..sebelum nak kecapi nikmat dunia ni..mari kuruskan kaki mendaki tangga-tangga kejayaan sebelum sampai kat sg.gabai ni..weehhuuu..
thanks kepada blogger yg add pic ni..i pnjam yea..kalau nk balik bgitau okeii ;p
kepada sesiapa yang berminat nak ke sg.gabai ni, boleh la google map untuk ke sana yea :)..i tak sediakan perkhidmatan prebet sapu untuk anta u olls ;p.dekat atas ni tak disediakan tempat bbq tau..so,u olls selain bawak hanak-hanak ikan tu, jangan lupe bwk pekakas bbq sekali. bolehlah memBAKAR di atas sana nanti ;p.

2. warisan rimba, kemensah(belakang zoo)
jangan risau yea, walaupun tempat ni terletak di belakang zoo negara, i jamin 100% tiada sebarang zirafah yang bertempiran atau gajah yang berurusan di situ okeii..
yang menarik di warisan rimba ni kan, ada kolam-kolam buatan yang dijaga rapi untuk kita bermandi-manda. air kat sini..fuh..jernih je..takde klorin yea..jangan risau :).kalau tak percaya, bila u olls pegi sana try la minum sikit..kalau muntah darah konfem, bukan sebab air..tu sebab korang kena santau!ahaha ;p..okei2 tak lawak ok..serius ni..air die boleh minum :)..kat tepi-tepi kolam tu, ada disediakan chalet2 untuk disewa.nak menginap pun boleh tau. chalet die takde lah macam chalet yang 5 bintang tu..jangankan bintang, bulan pun i tak mampu nak bagi..sadis! tapi kalau nak rehat-rehat tu seronok lah juga. dalam chalet tu ada disediakan tilam dan bantal. antara kemudahan kat warisan rimba ni, bbq pit dah disediakan, bilik karaoke pun ada.yang paling penting!! tandas bersih ok! ;p

kolam dia ada banyak tau..bukan satu je..so, jangan risau la..kalau nak buat family day kat sini korang takkan berhimpt-himpit macam kat dlm keiteehem tu okeyy?sesiapa yang berminat boleh la google website dorang..pergh..dah kira wat advertisement ni!kne dpt komisen!ahaha.. berjimba di warisan rimba<---klik

3. bukit cahaya shah alam
kanak-kanak ribena di bukit cahaya!
taman kaktus ;p
bukit cahaya ni pun best juga untuk aktiviti riadah. sesuai untu semua peringkat umur. apa yang menariknya di sini?kat sini, tempat dia ade rimba-rimba sikit.semestinyalah kan, tajuk pun ala-ala rimba kan. haruslah ade rimba kat tempat ni. apa yang popular kat bukit cahaya ni ialah rumah 4 musim. hah..sat lagi i letak pic i mase kat umah 4 musim.kebetulan hari tu i pegi masa musim luruh dan musim bunga.so, boleh la sharing ;p.lagi satu,yang besnya kat sini, sesiapa yang teringin berbasikal tu boleh la datang ke sini. 1 family pun leh maen lumba basikal sama-sama tau! PERINGATAN:tempat ni berbukit-bukau, jangan nak merempit bersama basikal anda,takut tertonggeng pulak nanti..tertonggeng tu tak seksi pun okeii! selain rumah 4 musim, ada kebun buah, taman kaktus dan sebagainya.jum kite tengok beberapa gamba ni k..



rumah 4 musim-musim salji
 
 

musim bunga!weehu..


jangan tertipu!!kat ats ni jalan mati!!penat je kitorang panjat!!


pelakon tambahan ni cuba memahami peta.padahal dah abes round 1  bukit cahaya ni da!pfft!

4.wetland putrajaya



abaikan paper tu!kitorang berpiknik secara tidak sengaja.inilah jadinya.hehe ;p
buat pengetahuan umum, di putrajaya banyak sangat taman-taman rekreasi ni. antaranya taman botani,taman air wetland dan taman wetland. apa yang menarik di taman wetland ni?taman wetland ni ramai orang memancing every weekend. ramai yang datang bawak family. tak kurang juga yang bawa kekasih hati.. ehem..ehem..di wetland ni, korang kalau boleh bawak lah makanan dari rumah. duduk tepi tasik, sambil pose feeling-feeling ratu gitu kan. kat sini ada juga aktiviti air seperti kayak. bagi yang tahu berkayak bolehlah tunjuk bakat anda di sini :)

5.sungai tua (tak tahu umur dia berapa.jangan ngada-ngada nak tanya!)
ni je gamba yang dapat dikongsi.. :)

sungai tua ni terletak sebelum sampai ke ulu yam.tempat ni biasa-biasa je.tak berapa menarik pun.tapi kira ok lah untuk sesiapa yang berminant untuk berkhelah sambil memancing.view dia.pergh! dua ibu jari gua leh angkat la!pergh!cantek woo..nk agkat ibu jari kaki sekali boley??haha ;p. bagi sesiapa yang tengok cerita laila isabella (yang nasha aziz jadi tomboy tu, dan rosyam noor jadi hero tu) mesti ingat satu adengan saiful apek dengan syanie memancing kat satu tasik tu.ala yang apek buat-buat jatuh tasik tu la.tak hengat jugak??? tu ler..banyak sangat makan kerengge..grr..






p/s:ehem..apa tunggu lagi?tak perlu pergi jauh-jauh. hari minggu ni bawa la family anda bersantai di rimba sekitar kuala lumpur dan selangor ni. ;p

No comments:

Post a Comment